Sunday, November 18, 2012

cinta padamu Rasulullah besar makna bagi ku...

Muhammad Ibn Abdullah

Nabi yang mulia, Insan yang terulung dan manusia yang unggul.

Rasulullah Sallahualaihi Wassalam

Susuk tubuh dan peribadi yang menyejuk nurani dan hati bagi sesiapa yang mengenalinya. Walaupun tidak pernah hidup bersama baginda, walaupun tidak pernah bertentangan mata dan walaupun tidak pernah berbicara dan bersua muka – baginda tetap hidup di nadi setiap insan.

Bahkan, insan yang mulia ini disayangi, dirindui bahkan dicintai oleh seluruh ummat manusia sejak dahulu sehingga saat ini.


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

Surah Al-Ahzab ayat 21.




Rasulullah SAW adalah manusia yang istimewa, dekat di jiwa dan memiliki “aura” seorang pemimpin yang berwibawa. Baginda adalah qudwah yang nyata, seorang murabbi ulung dan juga seorang rasul yang terus menerus diingati sepanjang zaman.

Justeru, timbul persoalan tentunya dalam menzahirkan cinta dan sayang kepada baginda bukan semata-mata tuturan bicara di bibir semata-mata tetapi harus dijelmakan dalam bentuk tindakan, penghayatan dan kehidupan. Berikut adalah 5 langkah dalam usaha menyemarakan cinta terhadap Junjungan Mulia, Rasulullah SAW :

1) Berpegang teguh dengan ajaran dan didikan Rasulullah SAW

Ada yang sensitif apabila Rasulullah SAW dihina, dicerna dan dicaci. Namun, kehidupannya jauh daripada kehidupan Rasulullah SAW.

Justeru, tanda utama kita mencintai Rasulullah SAW ialah kita mengambil seluruh ajaran dan didikan Rasulullah sebagai teras utama jalan kehidupan kita. Kita menggengaminya dan menghidupkan seluruh didikan Rasulullah SAW ini sehingga kita kembali bertemu Allah SWT.

Inilah pengikut Rasulullah SAW yang sejati!

2) Mengamalkan segala sunnah Rasulullah SAW dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya.

Sunnah Rasulullah SAW itu meliputi, tindakan, percakapan dan kehidupan Rasulullah SAW. Jika kita suka, gemar dan cinta dengan seseorang yang kita sanjung dan hormati maka kita akan melakukan apa sahaja yang dia lakukan. Oleh itu, hal ini sama juga konsepnya dengan sunnah Rasulullah SAW.

Bermula membuka mata di awal pagi sehingga melelapkan mata di pengakhiran malam, kita memperhalusi setiap tindakan kita dengan mencontohi gerak geri dan amalan harian Rasulullah SAW. Bahkan kita berbangga melakukannya dan berusaha menyebarkannya kepada sesiapa sahaja.

Ayuh, kita hidupkan sunnah!


3) Sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW.




Antara tuntutan yang utama dan dicintai oleh Allah SWT ke atas muslim ialah memperbanyakan selawat ke atas baginda Rasululllah SAW. Di mana sahaja kita berada, tidak kira masa dan waktu – kita begitu mudah dan selalu teringat Rasulullah SAW. Seusai solat, ketika berjalan, saat berehat dan sebagainya, kita punyai ruang untuk mengingati Rasulullah SAW!

Jika hiburan nyanyian dan nasyid yang menjadi halwa telinga kita bergema – yang menjadi pilihan adalah selawat dan puji-pujian kepada baginda Rasulullah SAW. Saat itu, hati begitu tenang, damai dan tenteram.

Inilah asas kecintaan yang subur dan mekar buat kita semua!
4) Berusaha menyelusuri haruman sirah baginda dari saat kecil hinggalah baginda wafat

Bak kata patah : “ Tak kenal maka tidak cinta.” Suatu yang mengaibkan bagi seseorang jika menyatakan dia cinta kepada Rasulullah SAW tetapi tidak pernah tahu, mengerti dan menghayati perjalanan kehidupan baginda secara keseluruhannya.

Ketahuilah, membaca sirah baginda Rasulullah SAW membuatkan kita semaki jatuh cinta dan terus-menerus mengasihi baginda. Cukuplah, sebuah buku sirah yang lengkap untuk kita hadamkan dan kita sentiasa mengulanginya secara berkala untuk melebarkan perasaan kasih ini agar cinta itu terus mekar!

Harumannya terus mewangi dan menyegarkan!


5) Meneruskan usaha dakwah baginda yang telah diwariskan buat ummatnya.




Akhir ini agak sukar. Antara sunnah baginda yang besar ialah melaksanakan dakwah. Keseluruhan hayat dan nadi kehidupan baginda dikorbankan dan diwakafkan untuk dakwah kepada Allah SWT.

Kemuncak kecintaan kita kepada baginda, ialah kita turut merasai betapa pentingnya untuk bersama-sama baginda merealisasikan visi dan misi dakwah kepada ummat manusia agar mengenali Allah SWT dan memperhambakan diri kepada-Nya.

Pilihlah untuk berdakwah dengan kemampuan yang paling maksima, agar kita sentiasa “hidup” bersama Rasulullah SAW. Pernyataan ini adalah bukti yang paling besar dan utama sebagai “signal” cinta kita terhadap baginda.

Penutup : Kita Punyai Pilihan!

5 Langkah ini, adalah langkah yang praktikal, mudah dan sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagi kita yang menyatakan cinta kepada baginda, kita harus jelmakan pembuktian itu dengan jelas, terang dan nyata. Kita berhak memilih untuk berikan yang terbaik buat baginda
Rasulullah SAW. Teringat saya kata-kata ini :“ Biasakanlah dirimu melakukan hal-hal yang termulia dan yang terbaik. Kirimkanlah dulu ke liang kuburmu hal-hal yang akan menyenangkanmu di sana sebelum kamu mendatanginya.”

(Ibnu Jauzi)

Mari kita semak, lihat dan amati perkara ini sedalam-dalamnya dalam kehidupan kita. Adakah kita ini benar-benar pejuang serta pengikut Rasulullah SAW yang “tegar” atau hanya omongan kosong di pinggiran kata?

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,

atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

1. Bulu Kening

-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada

-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi

-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan

-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7.tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata

-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan

-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).

-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut

-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Tuesday, November 13, 2012

Bimbingan Hadis..

Hadis pada bahasa  bermaksud percakapan atau dipanggil dgn sunnah/athar yg bermaksud sirah (sejarah) atau perjalanan.

Hadis pda istilah pula bermaksud segala ucapan,perbuatan dan pengakuan (ikrar)  yg diterima dripada Rasulullah s.a.w....

 maksud:-thabit(org yg kuat ingatan)


PERANAN DAN KEPENTINGAN HADIS...Menguatkan hukum2 yg terdapat nasnya dlm ALQURAN..

fitman ALLAH S.W.T yg bernaksud:-

"Wahai org2 yg beriman kamu diwajibkan puasa sebagaimane diwajibkan atas org 2 terdaulu daripada kamu,supaya kamu bertakwa"

(Surah Al-Baqarah:183)


Ayat ini dikuatkan dgn sabda Rasulullah.s.a.w yg bermaksud :
"Islam didirikan atas lima rukun:
mengucapkan  syahadah bahawa tiada Tuhan selain ALLAH S.W.T dan Nabi muhammad  pesuruh ALLAH,mendirikan solat, mengeluarkan zakat,mengerjakan haji,dan puasa di bulan ramadan"
(sahih AL-Bukhari)...



Perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif..

hadis sahih
-mempunyai sanad yg bersambung terus kpada Rasulullah s.a.w
-diriwayat oleh perawi islam yg berakal baligh,adil,kuat,dan tidak fasik..
hadis Dhaif

-Hadis yg diriwayat oleh seorang pendusta,fasik,melakukan maksiat,dan pelupa
-Hadis yg terdedah kpda kecacatan yg mencacatkan kesahihan hadis tersebut..
-sebahagian besar ulama menolak hadis ini dan tidak dapat dijadikan hujah bagi 
  perkra2 yg berkaitan dgn akidah,perundangan,halal,dan haram..

AL-QURAN:-Lafaz dan makna dari pada ALLAH.S.W.T

                     -Sumber dalam perundangan Islam..

HADIS Nabawi:-Lafaz dan makna dari pda Rasulullah s.a.w

                          -sumber hukum yg kedua selepas A-QURAN..

HADIS QUDRI:- Lafaz dri Rasulullah s.a.w

                         -makna pula dri ALLAH s.w.t


Wednesday, November 7, 2012

Riyadhus Shalihin -Imam An-Nawawi- Bab 6: Ketaqwaan

Riyadhus Shalihin
-Imam An-Nawawi-
Bab 6: Ketaqwaan

Kelima: Dari Abu Umamah yaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili رضي الله عنه, katanya: "Saya mendengar Rasulullah صلی الله عليه وسلم berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir bagi beliau صلی الله عليه وسلم sebagai mohon diri, kemudian beliau صلی الله عليه وسلم bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu - Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang- pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih. Nomor: 73 Sumber: riyadhus-shalihin

Dibuat oleh SalafiDB http://salafidb.googlepages.com

Riyadhus Shalihin -Imam An-Nawawi- Bab 8: Bertindak Lurus

Riyadhus Shalihin
-Imam An-Nawawi- Bab 8: Bertindak Lurus

Dari Abu 'Amr, ada yang mengatakan namanya Abu 'Amrah, Sufyan bin Abdullah رضي الله عنه, katanya: "Saya bertanya: Ya Rasulullah, katakanlah padaku dalam Islam tentang suatu ucapan yang saya tidak akan menanyakan lagi pada seseorang selain Tuan." Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: "Katakanlah, saya beriman kepada Allah kemudtan bertindak luruslah* - berpegang teguhlah pada kebenaran." (Riwayat Muslim) Maksudnya bertindak lurus itu ialah:

Kalau kita telah mengaku beriman pada Allah, hendaklah kita jangan segan berlaku yang benar dan jujur, misalnya benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam. Maka jangan hanya menamakan dirinya itu seorang Islam sekedar hanya pengakuan kosong belaka, tetapi berlakulah yang benar sebagai seorang Muslim. Nomor: 85 Sumber: riyadhus-shalihin

Dibuat oleh SalafiDB http://salafidb.googlepages.com

Riyadhus Shalihin-Imam An-Nawawi- Bab 51: Mengharapkan

Riyadhus Shalihin
-Imam An-Nawawi- Bab 51: Mengharapkan

Dari Abu Musa al-Asy'ari رضي الله عنه dari Nabi صلی الله عليه وسلم, katanya: "Jikalau Allah menghendaki kerahmatan kepada sesuatu ummat, maka diambillah - dimanfaatkanlah - Nabipun dahulu sebelum ummat itu, lalu dijadikanlah Nabi tadi sebagai orang yang dahulu - dalam menyiapkan kemaslahatan-kemaslahatan ummat itu serta yang terkemuka - yakni merupakan penarik pahala yang akan dibalas dengan adanya kesabaran atas kematiannya itu. Tapi jikalau Allah menghendaki kerusakan untuk sesuatu ummat, maka disiksalah ummat itu selagi Nabi mereka masih hidup. Jadi Allah merusakkan ummat itu dan Nabi mereka melihat keadaannya, maka Nabi tadi menetapkan sendiri tentang penglihatan matanya bahwasanya ummatnya itu telah menjadi rusak binasa, ketika mereka mendusta-kan serta bermaksiat padanya." (Riwayat Muslim) Nomor: 437 Sumber: riyadhus-shalihin

Dibuat oleh SalafiDB http://salafidb.googlepages.com


Riyadhus Shalihin
-Imam An-Nawawi- Bab 3: Sabar

Dari Abu Ibrahim, yaitu Abdullah bin Abu Aufa radhiallahu 'anhuma bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم pada suatu hari di waktu beliau itu bertemu dengan musuh, beliau menantikan sehingga matahari condong - hendak terbenam - beliau lalu berdiri di muka orang banyak kemudian bersabda: "Hai sekalian manusia, janganlah engkau semua mengharap-harapkan bertemu musuh dan mohonlah kepada Allah akan keselamatan. Tetapi jikalau engkau semua menemui musuh itu, maka bersabarlah. Ketahuilah olehmu semua bahwasanya syurga itu ada di bawah naungan pedang." Selanjutnya Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda:

"Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan, Yang menghancur-leburkan gabungan pasukan musuh. Hancur leburkanlah mereka itu dan berilah kita semua kemenangan atas mereka." (Muttafaq 'alaih) Wabillahittaufiq (Dan dengan Allah itulah adanya pertolongan). Nomor: 53 Sumber: riyadhus-shalihin


Penjelasan:
Dalam mengulas sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم yang berbunyi:
"Syurga itu ada di bawah naungan pedang." Imam al-Qurthubi berkata:

"Ucapan itu adalah suatu pertanda betapa indahnya susunan kalimat yang digunakan oleh Rasulullah صلی الله عليه وسلم Sedikit kata-katanya, tetapi luas pengertiannya. Maksudnya iaiah bahwa letak syurga itu dengan memberikan perlawanan kepada musuh, manakala mereka telah memulai menyerang kedudukan kita. Jika sudah dalam keadaan terjepit dan musuh sudah menyerbu dekat sekali dengan tempat pertahanan kita, maka tiada jalan lain, kecuali dengan beradu kekuatan, yakni pedanglah yang wajib digunakan untuk penyelesaian, menang atau kalah. Jika pedang kaum Muslimin sudah beradu dengan pedang musuh, masing-masing pihak menangkis serangan musuhnya, pedang meninggi dan merendah, sampai-sampai bayangannya tampak jelas. Naungan pedang itulah yang menyebabkan kaum Muslimin akan memperoleh kebahagiaan dalam dua keadaan:

(a) Jika kalah dan mati, gugurlah sebagai pejuang syahid dan pasti masuk syurga tanpa dihisab. Di kalangan ummatpun menjadi harum namanya.

b) Jika menang dan selamat sampai dapat kembali ke rumah ia juga akan merasakan kenikmatan syurga dunia, hidup dalam keluhuran dan kejayaan.

Dibuat oleh SalafiDB http://salafidb.googlepages.com ....

Followers